~Masa itu Emas~

~Pendua {Blogger Kepunyaanku}

Tuesday, February 26, 2013

Dunia Baru 2013 !!

Assalamualaikum wbt.

Apa khabar teman-teman seperjuangan? Semoga sehat hendaknya dan diberkati setiap langkah yang dituju. Lama juga rasanya seri x meng"upload" blog nie dan rase mcam suram & sepi, seperti dipenuhi sarang labah-labah. hehe. Biasalah Tahun nie seri kene hadapi busy yg amat. Pelbagai komitmen yang terpaksa diselesaikan. Alhamdulillah semenjak jadi tunangan si teruna idaman malaya nie, diri nie agak terasa perubahan sedikit (tue x kawen lg), rezeki pun agak melimpah ruah. Ujian pun sama, tak henti2 menghampiri seri, tapi dengan kekuatan Iman segala hal remeh temah dapat diselesaikan dengan penuh KEBERKATAN. Seri nak ceritalah sikit apa yang telah berlaku pada seri selepas pertunangan dengan teruna idaman Malaya tu. Pertamanya seri dapat tawaran melanjutkan pelajaran secara Separuh Masa di Universiti Teknologi Malaysia, berpusat di Kuala Lumpur. Seri mula-mula xrancang nk sambung belajar, tp seri apply secara suka-suka sbb pikir mesti xdpt coz MUET pun dah x da BAND haha.. tp Alhamdulillah Syukur ke hadrat Ilahi kerana dapat juga Sambung Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia. Lepasa dapat tawaran,  seri alami penyakit pening kembali. Tau x kalian seri pening sbb apa?? seri pening sebab keliru memikirkan arah tujuan hidup seri, tambahan lagi tempoh perkahwinan makin dekat kalau dpt dibilangkan angka hari memang nervous sbb bahayanya macam kite nak tunggu tarikh exam SPM sbb banyak benda kne get ready awal-awal. Tp Alhamdulillah, seri cuba dapatkan pendapat yang terbaek dari kawan-kawan dan ramai yang setuju seri sambung belajar dahulu. Yang xsetuju pun ramai, diorg bagi plak kenyataan yang menakutkan, maklumlah bekerja sambil belajar, memanglah banyak risikonya tp selagi kita pandai manage masa kita sebaik mungkin InsyaAllah jalan pun jadi mudah. Disamping itu, kita x lupa berdoa kepada Allah Agar setiap perjalanan yang kita lalui dipermudahkan oleh NYA. Ok Lepas je settle Urusan Sambung belajar, seri dapat plak jawatan Chief Operations Officer di Syarikat Swasta. Seri terima dengan rela hati sebab tempat kerja dekat dengan tempat belajar. Maka dengan Rasminya seri terpaksa meletak jawatan di tempat kerja lama di Shah Alam. Memang berat nak bertukar tempat kerja, tapi memikirkan susunan takdir oleh Allah, meyakinkan seri untuk pergi lebih jauh kehadapan. Moga Allah membantu segala urusan seri di sini. Untuk sahabat-sahabat  tercinta jangan lupa melawat blog seri lagi , sbb banyak lagi benda yang nak dikongsikan tapi masa sangat mencemburui seri, ok see u next time with new story.. Cayang U all Smua muancchh!!

Sebelum berpisah seri nak hadiahkan catatan hidup seri untuk kita semua amalkan bersama-sama ;-)
Yang baik datangNYA dari ALLAH SWT & Yang Kurang pula dari kekhilafan diri ini.
Sekian Salam Sayang Semua.


No comments:

Post a Comment

Link Within

~Halwa Telinga~