~Masa itu Emas~

~Pendua {Blogger Kepunyaanku}

Tuesday, May 6, 2014

I'm Not Single 18 Oktober 2013

"Aku Terima Nikahnya... Wan Masyitah Binti Wan Shukri dengan maskahwinnya tersebut"

Dengan lafaz Alhamdulillah ku syukuri setelah mendengar lafaz sakinah yang diucapkan oleh Mohamad Hafidzudin Bin Jafar. Dan hari ini termateri diriku sebagai Insan yang halal buat insan yang sangat aku kasihi.. Hari ke hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan dengan segala rintangan yang dilalui 9 tahun mengenali dan akhirnya aku jadi miliknya. Jodoh xpernah boleh lari walau berapa jauh lautan kita cuba larikan diri..dan hakikat cinta yang tidak pernah berdusta kecuali kita yg mendustaikan cinta.. Jalan yang aku pilih dengan menjadikan dia insan yang paling penting dalam hidup xpernah boleh ak toleh kembali kebelakang, tetapi aku perlu ke hadapan menjadi isteri yg selalu disenangi..Ak tahu aku bukanlah insan yg sempurna, dan insan yang mempunyai paras rupa yang cantik untuk kau puja..tapi ak adalah wanita, isteri dan bakal menjadi ibu dan mempunyai hati yang suci untuk dicintai dan mencintai. Allah anugerahkan rasa cinta yang halal ini bukan untuk perbuatan yang menjurus ke arah sia-sia malah Allahu jadikan kita pasangan halal untuk selalu dekat denganNYA. Dengan lafaz taklik yang engkau ucapkan untuk ku dengari telah menjadikan ak yakin dengan segala ketentuan Allah dalam hidup berpasangan. Ak tidak pandai untuk berbicara jika ak rasa disakiti, ak xpandai berbicara untuk memberitahu dirimu bahawa aku sedang sedih..melainkan dengan tulisan sahaja aku boleh bercerita apa yg aku mahu darimu.. itulah kekuranganku..ku harap kau mengerti. Aku pernah berkata perasaan benciku terhadapmu tetapi itu semua bohong... kerana dalam hati ini hanya tuhan shj yang tahu berapa besarnya cintaku terhadapmu suamiku... Sesungguhnya jika diberi peluang untuk melepaskan mu x mungkin aku akn melepaskan mu dengan begitu mudah. inikan benda yg tidak bernyawa yg menjadi kesayanganku hilang, akan ku cari seluruh rumah inikan pula kamu yg bernyawa.


Sayang... Terima Kasih ...kerana ini...


Tika Ku Sakit Kau Jagai

Tika Ku Sunyi Kau Temani
Tika Ku Susah Kau Senangi
Tika Ku Perlu Kau Hargai

Sayang... Aku Perlukanmu untuk membesarkan anak ini dengan sebaik mungkin


Sayang aku perlukan ini daripadamu...


Tika Ku lewat untuk bangun subuh, kau kejutkanlah dengan penuh kelembutan

Tika Ku Lewat Solat Kau tegurilah kelalaian ini
Tika Kerjaku terlalu banyak untuk diselesaikan kau bantuilah ak
Tika Aku punya alahan yg kuat ketika mengandung kau jagailah aku

dan yang paling penting sayang..


Ketika aku sedang membonceng motosikal bersamamu, janganlah kamu melajukan pemanduanmu, ingatlah bahawa isterimu sedang sarat mengandung.. isterimu ini menahan kesakitan seorang diri... terutama sekali ketika tayar bertemu bonggol di jalanan, cubalah kamu perlahankan.. Jika sayang x kesiankan isteri abang ini, abang kesiankanlah anak dalam kandungan ini.. Naluri semua ibu x nak anaknya rasa kesakitan setelah lahir kedunia, apatah lg kesakitan didalam rahim...Baby sedang berkembang jagailah sebaik2nya.. tetapi jika terjadi sesuatu yg kita x dpt jangka pada baby ini..ku harap ku mampu pasrah..


Abang ingatlah macammana umi jaga abang sampai dah nak dapat anak pun... sikit pun umi x bagi abang sakit..mcm tulah perasaan sayang..


Abg pahamilah isi hati isterimu ini, I LOVE YOU, Jangan Lupa kol Umi ye Abg


dan Akhir Sekali ... yg paling penting seri nak ucapkan..


"Selamat Hari Ibu untuk Ibu-Ibu Sedunia" & Setiap Hari adalah Hari Ibu..


Coretan Terindah Dari Isterimu


Masyitah


Saat Setelah Lafaz Sakinah Kita Abang.. Masihkah Kau Ingat ??



Saat Persandingan Kita Abang..dah Macam Raja & Pemaisuri kan?? hehe






"Selamat Hari IBU untuk Ma & Umi"

No comments:

Post a Comment

Link Within

~Halwa Telinga~